pari-pari menyanyi

pari-pari menyanyi
just let the angel singing

Tuesday, June 29, 2010

sambung belajar+kerja+dreaming=desire???





salam,,

hmmm kalo nengok title nih msti sumer da bley agak yang skrang tgh rancak warga2 student sedang bertungkus lumus
menyiapkan segala dokumen dan bnda2 nak masuk belajar balik kan..

hmm dulu aku pon salah seorang gak,, tapi skrang im not longer uitm student anymore
cz im quit for my futher study,,

acc ak ada trima tawaran ijazah sarjana muda sains seni kulinari,, but ak tolak tawaran tu even tawaran tu pilihan pertama aku latak,,

mula2 aku xcited gila vavi la,,
ye la dapat sambung belajar balik
mmg aku happy,,tapi bila aku fikir balik
jauh kat hati aku ni sebenarnya still ada perasaan syg nk tinggalkan teater n cuba bnda lain
aku tau,, mmg aku ada cakp nk tery bnda lain selain seni,
tapi aku tak dapat nk wat bnda tu sebab seni itu jiwa aku,

aku pon tau msti ada kat luar sana yang pikir aku lemah sebab da mengalah sebelum cuba
acc plihan seni kulinari yg aku wat is a mistake, i realize it, n i dun want to take a risk
nnt aku akn wat dua kesalahn tanpa aku sedar..
jadi cara lebih baik is
aku tolak tawaran tu n sambung belajar bagi intake bulan 12
walau ape pon ak akn belajar, n itu tnda aku lom lemah n mengalah,, sebab desire is still there.

wat masa sekarang aku try apply keje kat taman budaya as artis budaya,,
aku nk ikot jejak langkah kawan ak n merangkap orang yg mula2 ajar aku menari
izwan
hohoho
dia mula menari selepas spm n da dapat buat persembahan kat luar negara,,
n

buat persembahan kat luar negara is one of my desire,,

gud luck for me n for those of my friend im whishing uolls gud luck k,, :)

p.s: entri kali ni berbaur seperti motivasi an,, ape der hahhaha. tetibe taching lak aku,,, hahhhaa

Sunday, June 27, 2010

make up dan gadis??



salam.
ri ni ialah soal yang berkaitan gadis dan make up
aku akui yg aku ni dari kecik mmg ske make-up,
ni sumer gara2 auntie INA aku yg wat,,
die lagik,,
huhuhu
sorry auntie,
tapi aku suke,,
bila aku nengok ibu or aunty or sape2 lah make up time aku kecik
mesti aku ternganga,,
time tu aku fikir cam ner bnda2 (make-up) yang dilukis di muka bley wat orang jadi cantik
huhuuh
cam bengong an pemikiran aku time tuh,,
kalah einstain,, cam ner la ku leh terpikir cam tuh
hahaha

bila da besar
haaa apa lagi,, galak nk make up da sampai,,
nak2 aku amik kos seni lakon,
lagi memperuntukan aku nk make up
n aku ada amik gak kelas make-up sebab tu salah satu subjek
time tu la aku tau jenis2 solekan, cam ne nk apply,
apa nama setiap material make up yg digunakan,.
pas tu tips2 make up,, barang2 make-up, tema make-up
pendek kata mmg aku teruja la kalo masuk kelas nih
dengan kelas make-up ni lah aku beli make-up box yang selama ni berangan jer nk pkai tapi kali ni btol2 dapat...
puas ati dapat susun warna2 eyeshadow dalam tu,,
bila da susun,, nampak cantik,, hihi i loikeeee!!!

ok pic aku yang atas sekali tu ialah jenis solekan fantasy make-up untuk majlis satu event tu.
fantasy make-up aku ske sebab ikut kreativiti juru solek nk main dengan warna supaya nampak menarik n x masuk akal,,
aku try wat la,, ni la hasilnya,, hihi





pic ats ni ialah afzan dan shiera,, aky try solekkan diaorg,, hasilnya hmm
ntah la,, ahahha
aku bg nama avatar n cheetah.. hahhaa



ok yg ini pula ialah sewaktu persembahan mak yong puteri timun muda
di sebabkan sume jadi puteri,,
maka solekan harus nampak corecctive and cantik,,,


bagi solekan yang memerlukan kita menjadi binatang maka kajian yang sepenuhnya harus dilakukan pada setiap binatang yang kita amik sebagai contoh,,
hmm let say kata la,, dlm pic atas nih ialah teater kanak2 reban ayam itik di taman budaya
jadi sesuai dengan tema binatang dan untuk kanak2 maka solekan mesti nampak real, n bewarna-warni,,

tu sebelah kiri ialah aku, sebagai akak ayam yang ala2 gothic la konon,, mengikut kajian aku pasal watak la hahha
yang sebelah aku tu wany
solekan angsa,,,
belakang wany,, shahida,, solekan bagi watak musang,,cantikkan
n atas aku tu erra, solekan bagi watak anak ayam,,kalo solekan jenis2 mcm nih,,
setiap garis n wana mesti terang dan detail baru nampak bentuk binatang tu, hih





ni ialah aku,,
solekan bagi reverseal gender make-up
dalam kelas,, lelaki jadi perempuan n perempuan jadi lelaki,,
jadi ini lah solekan yang aku hasilkan,, hhiih
solekan bagi watak wak sukirman seorang penarik beca..




ini pula ialah solekan yang berkonsepkan smokey eyes n nude
nude pada bibir dan kulit muka yang pucat mcm han**..
waktu ni ialah watak bagi gerak mime bagi mengiringi nyanyian waheeda wassini bagi soundtrack filem 7707



..

ok galax!! haha
picture diatas ialah dibuat pada suatu hari bila aku boring
jadi aku try makeup kan muka aku ala2 inspirasi dari beyonce grammy awards,,
berus solekan memainkan peranan yang penting dalam memberi solekan yang kemas dan cantik..
teknik yang betul pon penting gak,,



make-up yang aku gne kan
sumpah bersepah,
almaklumlah , budak baru nk belaja. hahhaa



make-up box yang da melimpah ruah da isinya
mintak diganti kan la tuh,, alahai~~~




zoom...



sorry pic terbalik malas nk rotate,,
hihih\
solekan binatang
cheetah
perincian aku cuma beri pada mata sahaja. nk wat sume muka da tak sempat cz da mlm da waktu aku wat nih
tak de keje kan,, hahhah

hasilnya,,,


sekian,,

p.s: masih lagi comot n ada gak yang tak jadi kalo try nk make-up. oleh tu perlukan kelas make-up,, hihi boleh gak jana pendapatan an, hihhih

bengang??

eyh ko tak paham bahasa ke?
penat da aku mengalah
asal ko nk sgt sumer hak n barang aku?
pas tu asal ko nk kurang ajar ngn aku?
apa masalah ko?
selama ni aku bersabar ngn ko kau tau tak?
jgn la jadi manusia kurang ajar,,
tolong hormat orang yang lagi tua dari kau boleh??
kau tu budak lagi
baru nk remaja
kalau sekarang kau tak reti nk hormat orang so besar nnt ko akan jadi manusia yang sangat berlagak n salu tanak mengaku kesalahan sendiri!!!

jangan disebabkan ko di manjakan
maka kau nk pijak kepala orag yang lagi tua dari kau eyh!!!
sedar diri boleh tak?!!!

bongok!!!

kan .. aku da berkasar bahasa da nih, sorry aku da tak dapat tahan sebab perangai kau cam cibai k!!
sabar aku da lebih dari had nya

faham!!!!!?

WAT-EVAH!!!

Friday, June 25, 2010

model+berat badan+somalia= bersyukur

salam,,,

huhu,,apakah ini??
ok la,, akuu saje je try g casting for tv comercial kat dzull model management and services. ala2 talent agencies la gamaknye,,
g awal bulan 6,,
pegi ngn atiqa,, my bff.
sebenarnya tqa nk teman je aku g tapi ak paksa die masuk gak
tak pasal2 je,, hihi
sorry tqa,,tapi tqa pon dapat kan profile cam ni, hihihi

ok la,, sepanjang cuti sem nih ak bnyak abiskan masa dengan tqa,,
it was a great moment,,
huhu
i lav her...

model,,
hmm aku ske posing2 depan camera,,
bapak poyo shiall!!! hahaha

ok aku ske sebab dari kecik dah di dedahkan dengan bergaya depan kamera oleh auntie ina aku,,
last2 sampai ke dewasa la aku ske posing2 dpan camera,,
ntah pape ntah aku nih..

hahaha

kalo nk jadi model ak tak layak
sebab tak cantik, tak tinggi, chubby lagik..
hmmm kan best kalo dapat bntuk bdan cam model,,
ala2 tyra banks ke,,
gisselle ke, andriana lima ke, alek wook, naima ke, kate mose ke,
alangkah...

bilo la den nk kuwus nih,,
diet pon same gak,, tak berubah bnyak pon berat badan,,
alahai~~~~~

tapi wasenyer,, aku ske bdn aku yg nih,, cz, kang kurus melengking sampai jadi jerangkung pon tak cantik gak,, nnt pkai baju saiz sssss pon leh jadi longgar,,
aku bersyukur dengan badan yang diberikan,,
cbe nengok kat somalia tu
sian diorang,,,,
nak mkn pon tak cukup,,sampai kuwus nampak tulang2 kat badan,
kesian kat negara diaorg,,

aku beryukur...aminnnn!!!

kasut???










salam....

ak ialah gadis yang biasa seperti gadis2 yg lain
chewah intro tak leh belah,,,
miahahha

baiklah...
aku rasa aku seorang yag gemar kumpulkan kasut...
kasut dari segala jenis la,,
hmmmm
tak kira lah murah ker, mahal ker,,
asalkan selesa n cantik
asal eyh???
napa ak addict ngn kasut eyh??
nape ng aku ni eyh?

adoyaii,
parah2,,
kalo g kedai nampak kedai kasut,
haaa amik ko sampai terteleng2 pale aku...

aku penah nengok satu cite jepun dulu,,
apa ntah tajuk die,,
die cakap,,
the pretty shoes will lead you to the best place.
miahahah
ntah betol or tak
tapi aku ske k..

tetibe nk wat poem psal kasut,, miahhahah
ok galax n gila sbb tak de keje,,
baiklah,,
kasut ini khas buat mu,,,


kau cantik,,,
kau selalunya cantik bila bergaya
kau tinggi pun kau masih cantik
bila kau rendah pon kau masih cantik,
bila kau sederhanu tinggi pun masih cantik
bila kau terbuka kau masih lagi cantik
bila kau tertutup pun kau cantik jugak
bila kau kena ikat pon masih kelihatan cantik
kau pun kadang-kadang dibalut dengan berlian
mengikut musim yang kau gemari sendiri
kau pun berwarna warni sangat dalam dunia kau sendiri
pendek kata kau sangat cantik dalam apa bentuk dan gaya pun
bila kau cantik..
ramai suka dekat kau..
tapi satu kewajipan juga untuk suka pada kau..
sebab,, kau ada sifat perlindungan bagi kesakitan kalau diperlukan

kau ada banyak baju..
banyak jenis material yang kau gunakan
semua kain yang kau ada,, dibuat khas untuk kau..
semua orang suka dan mesti cari kau...

bila datang rumah kau,,
semua mata mencari yang terbaik untuk bawa kau balik
kau istimewa sangat,,
orang macam aku pun sangat meminati kau
sebab kau ada daya penarik
bila aku sentuh kau
kau sangat memberi aku
satu perasaan dan keyakinan yang kuat..
jadi dengan itu, aku selalu bawak kau pergi jalan-jalan,,

KASUT..
kau boleh buat aku dan lain-lain gadis seperti aku
sentiasa memakai dan membeli kau,,


p.s: aku tergelak bila da abis taip.. boleh lak wat puisi utk kasut an,,
jangan nk kreatif sangat la zalika oii... hahahahhhahaha

Thursday, June 24, 2010

assyura+update= abish belaja .. T_T

salam.. ok..
kali ini ialah giliran untuk mengupdate cerita yang agak da lame utk bloggie kuh,,
cerita tentang perjalanan aku di dalam menuju diploma showcase yang terakhir
sepanjang 3 tahun menuntut sebagai pelajar seni lakon,,.
Asy syura,,
itu lah tetaer yang dah pon selamat kami persembahkan..
banyak suka dan duka sepanjang mingggu produksi,,
ada manis, ada pahit, ada tawar, ada suam2 halia gak,,
ok2 tetibe lak sedih,,
pehal tah,,


gamba semasa bergerak ke Dewan Bahasa Pustaka
muka kami galax, saya mengaku itu
lagi sekali diingatkan bahawa kami pelajar seni lakon,, jadi bila nampak kamera,, galax masing2 da sampai untuk pose k,,, itu biase saja,,,, hahahhaa

aku galax di situ,,
haishhh!!!


ini ialah keadaan set rumah yang bakal didirikan di atas PENTAS..
cayalah pada Yie dan Yus, Y kuasa 2, kerana berjaya membuat rumah atas pentas untuk tugasan pelakon,, gila arh!!! tabik spring tilam vono kat diorg kerana sgt2 berjaya dalam hasilkan set rumah tu,, pada team dorg gak TERBAIK!!!



Saje posing je konon2 berada di tempat kejadian dengan berlatar belakang kan set rumah.
nk masuk dalam report katanya,,,
kene ada bukti,,uhuhhhhuhu..



ni lagi satu bukti yang mengatakan bahawa kami galax k,,,
terbaik posing kat sini,,
abish rambot kusut nokk,,,
time ni sebelum buat latihan kat dalam,,
tengah makan
timbul la idea nk posing kat sini,, apa lagi,,
bergalax la gamaknya,,
hahahaa

semasa persembahan,,,

adegan memarahi agok,,,
tak in character plak ak kan,,
amboi2,, hahaha

ni la solekan Odah Yang sebenarnya khas utuk bloggie kuh
cam nk mintak penampar jer jelingan Odah nih,,
ish ko pehal kerek la Odah,,
ish!
taik lalat mahal nokkkk...




bukti kukuh saya terlibat.
kalo tag nih ilang jadi
jangan harap nk berlakon
unidentified identity haahhahahaha



bila da abis,, maka nak bump out
bump out ialah istilah teater yang bermaksud kemas sebab kita da abish show,, ahahha
yer2 je maklumat nih
sat g salah mampos ak
nk kepastian check kat Mr, Google,
ok time nk bukak balik set2 n kemas2 sumer skali,, rasa la jgk sedeyh nyer cz
ye la ni la persembahan yang terakhir aku ngn kawan2,,
tu yg sedih tu
pas nih sumer bawak haluan masing2,


keratan akbar mengenai asy syura.. this is the PC slot
just nk perkenalkan pada media n wartawan pasal cerita nih,,



hihi.. masok paper lagi,,,

adegan last yang kalo korunk nengok menangis pnye la... sedeyh sgt..


PC again...

jadi berkhir sudah persembahan kami semua
segala yg aku tuntut selam 3 tahun
hasilnya pada aku sangat membanggakan
aku sendiri masih belajar lagi dalam maksud erti kata
pelakon teater
pengalaman yang sangat bermakna dlm hidup aku..


p/s: photo,, ada 2 ihsan daripada kamaria hana
thanx babe! even jaoh tapi puas ati gak la,,

Thursday, June 17, 2010

kalau boleh....

salam..

kalau boleh ..
ada macam2 bnda dalam pale otak ak nih yg ak nk wat..

kalau nk senaraikan pon mmg tak larat..

baik lah,,
ak nk list kan perkara kalau boleh tuh..

1. nak bawak parents g haji
2. nak perform kat luar negara
3. nk buat perkenal kan, teater n wat mini teater kat sekolah menengah
4. nk hang out ngn kawan2 kat tempat2 seperti:
-i-city
- mines wonderland
- nk g negeri di utara n selatan
- nk g sabah tgk pulau
- nk g tempat peranginan
5. nk beli satu dress yg sangat howt dari calvin klein
6. nk belajar n amik kelas make-up
7. nak masuk dalam bola besar kat tasik titiwangsa
8. nk bukak kelas lakonan
9. nk belajar naik kuda
10. nak belajar main piano.

KALAU BOLEH......

------------------------------------------------------------------------------------------------


tetibe nk tulis puisi..


bicara aku pada kalian
pengertian apa yang kalian maksudkan
bukan slah aku jika mahu dibicarakan
biarkan semua dalam kenangan

bulan menyorok di balik awan
bintang tak berkedip seperti selalu
itu petanda tentang hati kesepian
mengharap itu pasti berlalu

pecahkan sahaja rasa itu
aku tak mahu terus kau belenggu
kenapa nak kene biarkan aku macam tu
kalau kalian terus menggangu

p;s: gamba di atas mcm suka padahal.....

Saturday, June 12, 2010

bakal update suatu masa..

salam..
yaallah.. sudah sekian lama ak tak menyentuh papan kekunci supaya huruf nih ditaipkan ke atas blog aku..

owh aku merindui bloggie aku,,
maaf bloggie kerana sudah lama kau tak mandi, tak dibersihkan..
ish,, aku seorang tuan yang sangat alpa pada kau bloggie..

tapi tak per..
cz bulan mei 2010 dan jun 2010 bnyak perkara yang jadi dlm hidup aku nih..
bloggie nk tau??

ok kalo nk cerita apa yang jadi n aktiviti yang jadi bulan 5 lepas serta bulan 6 nih.. mmg mau 3 ari tiga malam tak tido

cme..
setakat nih,, ak bley cerita mengenai aktivit ak sepanjang HARI INI shaja..
hari lain dan hari yang lepas2 tuh,, nnt aku ceritakan balik yer bloggie..tggu kalo satu hari tuh aku laangsung tak wat pape,, so satu hari tuh akn aku luangkan masa bersama kau tau bloggie,,
i pomiss!!!

ok tanggal 15 Mei 2010
ak da jmpe kwan cyber aku
Hasbullah nama die,,ak panggil abul
kat C.M sempena pelancaran nota2 gelira daripada sisi seni,.
poem aku salah satu daripada yang terselit la dlm zine tuh..
huhu..
aku suka!!
jadi ucapan terima kasih tak berbelah bagi pada abul n the gang kerana sudi membuka jalan utk
orang baru cam aku ni dalam melebarkan lagi sayap penulisan puisi aku..
chewahh!!! ayat nk power jer,, kalah tongkat Si ali. tuh..

ok tamatkan masa untuk merepek!


begini,, sambung balik..
jadi aku pon telah dikenalkan dgn kawan2 abul nih..
nice to meet new people in our life..
bg aku , sifat ramah merupakan perkara utama yang perlu dibawa sebelum meet a new people,,
kan???
diaorg ok,, n ramah gak,, so ak taklah kekok sgt..

event tu meriah sebab banyak pemikir2 indie yang ada, n bnda homemade yang cute n lawa serta zine dijual..
kalo ikotkan hati aku ,, nk suwoh jer En. ATM muntahkan duit n bagi aku duit supaya dapat beli brg2 tih.. but i cant do that.. sebab En. ATM pon x da duet.. miahhaha

ok2...

so upacara bermula pada jam 5 lebih (janji melayu)
waktu zine sisi seni diumukan utk buat sedikit penerangan..
my new friend (i cant remember his name), suddenly call my name to deklamasi my poem,
Owh man!! i was shock!
.. cuak dowh
tak prepare ape lagi..

tapi nasib baikk
berkat 3 tahun belajar jurusan seni lakon maka time cam ginih lah nk praktik,,
chewah!!!

cool~~ senyum jer k,, padahal dlm hati, dag dig dug!!!

ok turn aku baca puisi aku,,

'biarkan pari-pari menyanyi'

rasanya poem nih ada aku post an dulu..
ni poem aku yang pertama aku karang dalam buku azimat aku
buku tu sampai skang ada lagi walaupun da lame n ada bnyak poem
tp poem nih aku pilih sebab poem pertama aku tulis,, n 1st la ak try nk publishkan
supaya dapat dibaca oleh pemikir2 indie yang lagi senior dr aku,,
hkahakhakahak

selesai sudah,,
aku pon nk balik,,
jadi sempat bersalaman dengan kawan baru aku serta abul,,
aku tinggalkan mereka dengan ucapan terima kasih dan senyuman manis ku
ecehceheceh!!!
adios! jumpa lagi di event akan datang..!!

itu shaja aktiviti pada hari ini,,


:)

p/s: abul i da popularkan u kat bloggie i!! miahahhaa sat g dia komen tgk la blog die n follow la k,,, hahaha