pari-pari menyanyi

pari-pari menyanyi
just let the angel singing

Friday, June 25, 2010

kasut???










salam....

ak ialah gadis yang biasa seperti gadis2 yg lain
chewah intro tak leh belah,,,
miahahha

baiklah...
aku rasa aku seorang yag gemar kumpulkan kasut...
kasut dari segala jenis la,,
hmmmm
tak kira lah murah ker, mahal ker,,
asalkan selesa n cantik
asal eyh???
napa ak addict ngn kasut eyh??
nape ng aku ni eyh?

adoyaii,
parah2,,
kalo g kedai nampak kedai kasut,
haaa amik ko sampai terteleng2 pale aku...

aku penah nengok satu cite jepun dulu,,
apa ntah tajuk die,,
die cakap,,
the pretty shoes will lead you to the best place.
miahahah
ntah betol or tak
tapi aku ske k..

tetibe nk wat poem psal kasut,, miahhahah
ok galax n gila sbb tak de keje,,
baiklah,,
kasut ini khas buat mu,,,


kau cantik,,,
kau selalunya cantik bila bergaya
kau tinggi pun kau masih cantik
bila kau rendah pon kau masih cantik,
bila kau sederhanu tinggi pun masih cantik
bila kau terbuka kau masih lagi cantik
bila kau tertutup pun kau cantik jugak
bila kau kena ikat pon masih kelihatan cantik
kau pun kadang-kadang dibalut dengan berlian
mengikut musim yang kau gemari sendiri
kau pun berwarna warni sangat dalam dunia kau sendiri
pendek kata kau sangat cantik dalam apa bentuk dan gaya pun
bila kau cantik..
ramai suka dekat kau..
tapi satu kewajipan juga untuk suka pada kau..
sebab,, kau ada sifat perlindungan bagi kesakitan kalau diperlukan

kau ada banyak baju..
banyak jenis material yang kau gunakan
semua kain yang kau ada,, dibuat khas untuk kau..
semua orang suka dan mesti cari kau...

bila datang rumah kau,,
semua mata mencari yang terbaik untuk bawa kau balik
kau istimewa sangat,,
orang macam aku pun sangat meminati kau
sebab kau ada daya penarik
bila aku sentuh kau
kau sangat memberi aku
satu perasaan dan keyakinan yang kuat..
jadi dengan itu, aku selalu bawak kau pergi jalan-jalan,,

KASUT..
kau boleh buat aku dan lain-lain gadis seperti aku
sentiasa memakai dan membeli kau,,


p.s: aku tergelak bila da abis taip.. boleh lak wat puisi utk kasut an,,
jangan nk kreatif sangat la zalika oii... hahahahhhahaha

Thursday, June 24, 2010

assyura+update= abish belaja .. T_T

salam.. ok..
kali ini ialah giliran untuk mengupdate cerita yang agak da lame utk bloggie kuh,,
cerita tentang perjalanan aku di dalam menuju diploma showcase yang terakhir
sepanjang 3 tahun menuntut sebagai pelajar seni lakon,,.
Asy syura,,
itu lah tetaer yang dah pon selamat kami persembahkan..
banyak suka dan duka sepanjang mingggu produksi,,
ada manis, ada pahit, ada tawar, ada suam2 halia gak,,
ok2 tetibe lak sedih,,
pehal tah,,


gamba semasa bergerak ke Dewan Bahasa Pustaka
muka kami galax, saya mengaku itu
lagi sekali diingatkan bahawa kami pelajar seni lakon,, jadi bila nampak kamera,, galax masing2 da sampai untuk pose k,,, itu biase saja,,,, hahahhaa

aku galax di situ,,
haishhh!!!


ini ialah keadaan set rumah yang bakal didirikan di atas PENTAS..
cayalah pada Yie dan Yus, Y kuasa 2, kerana berjaya membuat rumah atas pentas untuk tugasan pelakon,, gila arh!!! tabik spring tilam vono kat diorg kerana sgt2 berjaya dalam hasilkan set rumah tu,, pada team dorg gak TERBAIK!!!



Saje posing je konon2 berada di tempat kejadian dengan berlatar belakang kan set rumah.
nk masuk dalam report katanya,,,
kene ada bukti,,uhuhhhhuhu..



ni lagi satu bukti yang mengatakan bahawa kami galax k,,,
terbaik posing kat sini,,
abish rambot kusut nokk,,,
time ni sebelum buat latihan kat dalam,,
tengah makan
timbul la idea nk posing kat sini,, apa lagi,,
bergalax la gamaknya,,
hahahaa

semasa persembahan,,,

adegan memarahi agok,,,
tak in character plak ak kan,,
amboi2,, hahaha

ni la solekan Odah Yang sebenarnya khas utuk bloggie kuh
cam nk mintak penampar jer jelingan Odah nih,,
ish ko pehal kerek la Odah,,
ish!
taik lalat mahal nokkkk...




bukti kukuh saya terlibat.
kalo tag nih ilang jadi
jangan harap nk berlakon
unidentified identity haahhahahaha



bila da abis,, maka nak bump out
bump out ialah istilah teater yang bermaksud kemas sebab kita da abish show,, ahahha
yer2 je maklumat nih
sat g salah mampos ak
nk kepastian check kat Mr, Google,
ok time nk bukak balik set2 n kemas2 sumer skali,, rasa la jgk sedeyh nyer cz
ye la ni la persembahan yang terakhir aku ngn kawan2,,
tu yg sedih tu
pas nih sumer bawak haluan masing2,


keratan akbar mengenai asy syura.. this is the PC slot
just nk perkenalkan pada media n wartawan pasal cerita nih,,



hihi.. masok paper lagi,,,

adegan last yang kalo korunk nengok menangis pnye la... sedeyh sgt..


PC again...

jadi berkhir sudah persembahan kami semua
segala yg aku tuntut selam 3 tahun
hasilnya pada aku sangat membanggakan
aku sendiri masih belajar lagi dalam maksud erti kata
pelakon teater
pengalaman yang sangat bermakna dlm hidup aku..


p/s: photo,, ada 2 ihsan daripada kamaria hana
thanx babe! even jaoh tapi puas ati gak la,,

Thursday, June 17, 2010

kalau boleh....

salam..

kalau boleh ..
ada macam2 bnda dalam pale otak ak nih yg ak nk wat..

kalau nk senaraikan pon mmg tak larat..

baik lah,,
ak nk list kan perkara kalau boleh tuh..

1. nak bawak parents g haji
2. nak perform kat luar negara
3. nk buat perkenal kan, teater n wat mini teater kat sekolah menengah
4. nk hang out ngn kawan2 kat tempat2 seperti:
-i-city
- mines wonderland
- nk g negeri di utara n selatan
- nk g sabah tgk pulau
- nk g tempat peranginan
5. nk beli satu dress yg sangat howt dari calvin klein
6. nk belajar n amik kelas make-up
7. nak masuk dalam bola besar kat tasik titiwangsa
8. nk bukak kelas lakonan
9. nk belajar naik kuda
10. nak belajar main piano.

KALAU BOLEH......

------------------------------------------------------------------------------------------------


tetibe nk tulis puisi..


bicara aku pada kalian
pengertian apa yang kalian maksudkan
bukan slah aku jika mahu dibicarakan
biarkan semua dalam kenangan

bulan menyorok di balik awan
bintang tak berkedip seperti selalu
itu petanda tentang hati kesepian
mengharap itu pasti berlalu

pecahkan sahaja rasa itu
aku tak mahu terus kau belenggu
kenapa nak kene biarkan aku macam tu
kalau kalian terus menggangu

p;s: gamba di atas mcm suka padahal.....

Saturday, June 12, 2010

bakal update suatu masa..

salam..
yaallah.. sudah sekian lama ak tak menyentuh papan kekunci supaya huruf nih ditaipkan ke atas blog aku..

owh aku merindui bloggie aku,,
maaf bloggie kerana sudah lama kau tak mandi, tak dibersihkan..
ish,, aku seorang tuan yang sangat alpa pada kau bloggie..

tapi tak per..
cz bulan mei 2010 dan jun 2010 bnyak perkara yang jadi dlm hidup aku nih..
bloggie nk tau??

ok kalo nk cerita apa yang jadi n aktiviti yang jadi bulan 5 lepas serta bulan 6 nih.. mmg mau 3 ari tiga malam tak tido

cme..
setakat nih,, ak bley cerita mengenai aktivit ak sepanjang HARI INI shaja..
hari lain dan hari yang lepas2 tuh,, nnt aku ceritakan balik yer bloggie..tggu kalo satu hari tuh aku laangsung tak wat pape,, so satu hari tuh akn aku luangkan masa bersama kau tau bloggie,,
i pomiss!!!

ok tanggal 15 Mei 2010
ak da jmpe kwan cyber aku
Hasbullah nama die,,ak panggil abul
kat C.M sempena pelancaran nota2 gelira daripada sisi seni,.
poem aku salah satu daripada yang terselit la dlm zine tuh..
huhu..
aku suka!!
jadi ucapan terima kasih tak berbelah bagi pada abul n the gang kerana sudi membuka jalan utk
orang baru cam aku ni dalam melebarkan lagi sayap penulisan puisi aku..
chewahh!!! ayat nk power jer,, kalah tongkat Si ali. tuh..

ok tamatkan masa untuk merepek!


begini,, sambung balik..
jadi aku pon telah dikenalkan dgn kawan2 abul nih..
nice to meet new people in our life..
bg aku , sifat ramah merupakan perkara utama yang perlu dibawa sebelum meet a new people,,
kan???
diaorg ok,, n ramah gak,, so ak taklah kekok sgt..

event tu meriah sebab banyak pemikir2 indie yang ada, n bnda homemade yang cute n lawa serta zine dijual..
kalo ikotkan hati aku ,, nk suwoh jer En. ATM muntahkan duit n bagi aku duit supaya dapat beli brg2 tih.. but i cant do that.. sebab En. ATM pon x da duet.. miahhaha

ok2...

so upacara bermula pada jam 5 lebih (janji melayu)
waktu zine sisi seni diumukan utk buat sedikit penerangan..
my new friend (i cant remember his name), suddenly call my name to deklamasi my poem,
Owh man!! i was shock!
.. cuak dowh
tak prepare ape lagi..

tapi nasib baikk
berkat 3 tahun belajar jurusan seni lakon maka time cam ginih lah nk praktik,,
chewah!!!

cool~~ senyum jer k,, padahal dlm hati, dag dig dug!!!

ok turn aku baca puisi aku,,

'biarkan pari-pari menyanyi'

rasanya poem nih ada aku post an dulu..
ni poem aku yang pertama aku karang dalam buku azimat aku
buku tu sampai skang ada lagi walaupun da lame n ada bnyak poem
tp poem nih aku pilih sebab poem pertama aku tulis,, n 1st la ak try nk publishkan
supaya dapat dibaca oleh pemikir2 indie yang lagi senior dr aku,,
hkahakhakahak

selesai sudah,,
aku pon nk balik,,
jadi sempat bersalaman dengan kawan baru aku serta abul,,
aku tinggalkan mereka dengan ucapan terima kasih dan senyuman manis ku
ecehceheceh!!!
adios! jumpa lagi di event akan datang..!!

itu shaja aktiviti pada hari ini,,


:)

p/s: abul i da popularkan u kat bloggie i!! miahahhaa sat g dia komen tgk la blog die n follow la k,,, hahaha

Saturday, March 27, 2010

gamba dengan En. Syahrul dan fitting yg gila??



salam...


fuhhhh!!! kasi tiup sikit..
bersawang sungguh bloggie, ak
maaf ak terlampau sibuk hingga mengabaikan bloggie tersayang.

ok macam biasa,, hampir tiba hari nk press confrence

pale otak ak menjadi sangat sibuk.. tp masih sempat klik2 dengan rakan2 kegilaan.

mari ak perkenal kan penyelia ak sepanjang ak sem ni,,

haann ni lah en. Syahrul Fithri Musa.. hihi

seperti gamba dibawah dengan tahi lalat di atas bibir,, miahahha

tengok2,, nampak x? hih

selain ak ada lg kwn2 ak bawah seliaan beliau,,

fizan, marina n anas,, tu jer, hihi

photoshoot sangat sempoi,,

mula2 anas n en. syahrul nk pkai kain batik utk photoshoot kali nih,,
sebab diorang cakap
En. syahrul: ala,, ader ape orang laki kampung pkai kain batik kat umah,,
aku: tp ni kan utk showcase,, x per ker,, pelik jer,,
anas: haaa rock gak an laki pkai kain batik ak pon nk r..
ak: ikot kowang la,, hihihi

mmg seni sunggoh mereka berdua
last2 kene tukar pkai kain pelikat gak,, hikhikhik..




pandang2 jeling2,, awww,,,



keluarga Cikgu Semah dan anak2 serta pemandu, mihahaha

(en. syahrul pandang ak cam tuh sebab ak x anta asigmnt hihi)

_____________________________________________________________________



aktiviti: latihan showcase assyura (waktu nih bukan babak ak)

tempat: Studio sri andalas

keterangan: akibat daripada kebuhsanan menunggu babak ak untuk dilakon kan maka, ak menjadi sangat teruja di dalam mendandan rambut nadzirah sebagai contoh rekaan rambut kusut masai.. hasilnya,,,


tadaaaa...!!





jadilah rambut yang diberi nama

sejumput gulungan di rambut ku

model: nadzirah shahid.

miahahahahahhaha!!!!!

_____________________________________________________________________-

setelah latihan..

aktiviti seterusnya adalah fitting baju

cewah!!! da dapat baju ..

glamer Odah ats pentas nnt,,,

huhu

tp sebnarnya terdapat misi tersembunyi

mencari baju yg pelik2 di dalam bilik kostum'

hasilnya,, berbagai-bagai gaya,,,
hihi

tgk2..




ak sempat geledah dan terjumpa baju ygala-ala cardigan

tp yg peliknya,, kat bahagian bahu tu,,
gila vavi besar laa...

mcm lady gaga pnye baju
ak pasti kalo lady gaga jmpe baju nih
confirm die nk dowh!!!




pertukaran jantina buat sementara waktu,,

anas dan ak,,

ak da mcm m. rajoli
anas mcm lady gagat yg tak siap

hakhakhak

meletou rambut pink ko nok!!!

lihat sahaja perlakuan galax mereka!!!




howt!!!




ni plak,, x der motif ak n marina bergaya mcm nih

motifnya,,

kegilaan..

pabila mencuba korset yg maha ketat

nasib baik nampak shape bdn..

hihihhi




anas cun, ak hensem. miahahhaha



sekian.....

kegilaan menjadi akibat neuron otak da terputus sikit2

miahahahhaha

Tuesday, March 16, 2010

al-fatihah


hari ini mari sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Abg Firdaus Madzlan.
kerana telah kembali ke rahmatullah pada 16 mac 2010.

kehilangan abg daus sangat2 ika rasai

paling utama yg akan abg tanya pd ika kalo nampak ika ialah

'ika sehat??.. da makn blom??..'

terima kasih abg..
:(

ika akan ingat sampai bila2..

al-fatihah..

p/s: foto ihsan daripada blog abg syali.vitaminisme.blogspot.com. sorry abg, ika x der simpanan gamba allayarham abg dauz. hopefully abg tak mara,


------------------------------------------------------------------------------------------------
salam...

pada kali ini

ak terasa seolah-olah ak mmg tak cukup tangan nk wat keje
jadi bloggie baby tersayang nih nampaknya bersawang..

hmm sowy bloggie.. i will be back afta everything is done!
janji k!!

miahhaa..
sibuk sampai kadang2 bile ak da duk depan meja nk wat keje, tetibe ak blank dengan dahsyatnyer..
maksudnyer ak tak tau nk wat keje maner satu dulu!! alamak..'


hari ini mari sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Abg Firdaus Madzlan.
kerana telah kembali ke rahmatullah pada 16 mac 2010.

kehilangan abg daus sangat2 ika rasai

paling utama yg akan abg tanya pd ika kalo nampak ika ialah

'ika sehat??.. da makn blom??..'

terima kasih abg..
:(

ika akan ingat sampai bila2..

al-fatihah..

Thursday, March 11, 2010

berphotshoot??

salam..
ri tu telah diadakan satu sesi photoshoot ala2, konon2 model yg tepi jalan la,

eyh silap tepi bangunan FACT. (Fakuliti artistic creative technology)
miahaha

ni merupakan photoshoot terakhir ak n kawan2 ak sepanjang 3 tahun belajar kat cini
eyh.. bukan senang tau nk jadi model tepi2 nih
kalo kat luar mmg mahal la kene bayar..

x kesah la walaupun ri tu di ari yg panas terik tuh
tp kalo suh ak n bdak2 kelas posing mmg tak der hal lah.
ni bru gila kamera namanya..
hihi

sebenarnya ni ialah untk showcase ak yg bakal berlangsung pada 9-11 april nih

watak Odah
tema kampung urban gitu. hihi




ni bersama pensyarah ak..Pn. Umi Kalsom merangkap isteri kepada pelakon teater hebat En. Mazlan Tahir
best beliau nih
nnt bila da abish belajar mesti rindu saat2 kene peluk ngn lec, cam gini

tsk..tsk.. T_T



FUYOOOOO
ak dapat gamba ngn PELAKON hebat kat puncak nih,,

hahahakahahakhaakk..
anas selaku Ajis dan Utih
ha 2 watak sekali nokk..
hihi


ni la die pengarah ak pada kali ni..

pengarah bagi teater showccase assyura pada tahun ini diperkenalkan

Pn. Aminah Rhapor
merangkap pengarah Lupikirlah sendiri (panas.panas!!)




rakan-rakan kampung Odah.
miahahah..

vouge an org kampung cam gini..

biasa la
kampung skang da maju..


last shoot.
rumah kampung sebagai lokasi..

'OK.. BERDIRI TEGAK! POSE SIKIT.. HAAA.. PANDANG KAMERA DULU, PAS TU BARU KANDID K.. klik!!klik!!' kata abg yang kepala die separuh jer kat dalam pic nih.