
Biarkan pari-pari menyanyi..
nyanyian hanya dia yang tahu..
Biar dalam gelap..
biar dalam terang..
Pari-pari akan terus menyanyi..
hujan yang turun bagaikan not muzik
Angin lembut yang menyapa bagaikan nada
Kedinginan yang di rasai bagaikan irama..
Pari-pari akan terus menyanyi..
Nyanyian hanya dia yang tahu..
Terkadang nyanyian itu terhenti..
dek kerana kesedihan yang bersarang di hatinya..
Walau selepas itu,
pari-pari akan kembali menyanyi..

