pari-pari menyanyi

pari-pari menyanyi
just let the angel singing

Tuesday, March 9, 2010

sorang2 kat rumah+zahiril adzim??

salam...

hari ini seharian ak berada dirumah
berseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa pon

bhahaha..

sorang2
lonely sangat..

jadi ini adalah yang sempat dibuat untk mengupdate segala informasi psal hari ini.
mari skodeng hari ak


di Puncak Perdana Terdapatnya penyidai baju
tetapi sangat penuh akibat kaum wanita memang suka membasuh baju
jadi tempat ak nk jemur baju pon da abish..
adoyaii

bagi lah chan cikit kakak umah ku

mihhhahaa.. T_T

point sebenarnya adalah kepanasan global yg anda sumer dpt lihat kat pic diatas bersilau bukan??

tandanya panas ok..


lihat pula pada senarai assigmnt ak tuh

waktu nih ak ngn wat assigmnt n sempat klik lagi

kemain panjang btol list assigmnt yang perlu dibuat


bila la list2 tuh nk pendek

bahahaha..


harap maaf,
pandangan ini hanya boleh dilihat di atas meja study ak kalo ak terlampau sibuk
berlambak buku, berlambak tag yang perlu dilekatkan kat dinding
mula2 ingat nk pkai board
tp buhsan la so ak try la just lekat2 kat dinding tanpa pkai board sebagai alas..
kalo kat umah ak kat KL tu maner bley wat cam nih
jd inilah masanya

kreatif an,,

miahaha




sekian cukup sudah pengalaman ak berseorang di rumah

bley gilak ak jadinyer

mula lah berangan tak tentu psal..

________________________________________________________________



semalam ak telah bermimpi bahawa zahiril adzim kuar date ngn ak!!!


owh!! ak tau la mmg ak minat gila ngn zahiril adzim
tp cam ner bley masuk mimpi nih???

owh...

besh der...

miahaha

gila betol mimpi ak nih
kalo ak minat sorang artis nih x der la sampai masuk mimpi
ni mmg jelas gila muka zahiril adzim dlm mimpi ak
ishh.. parah2

harap2 bley gak ak berlakon di samping zahiril adzim nih
x sekarang pon akan datang la,.,\
bahahahha. (poyo sunggoh)

gila kentang impian ak.
ecehecehcee.. poyo jer.

tp mmg ak ngaku ak minat ngn beliau
lakonan mmg superb
bakat baru yg kene watch out..

sekian, zahiril adzim.. huhuuhu

Sunday, March 7, 2010

masalah tidur??

Salam..


sekarang dengan rasminya ak memberitahu bahawa ak seperti mengalami masalah untuk tidur,
kenapa eyh..

ak takowt laa..
kadang2 bile terlampau buat kerja sangat ak terlupa nk tidur.
bile da wase nantok sgt ak nek katil n nak tidur
tapi x bley gak nk pejam mata.

da seminggu ak wase cam nih.
tiap kali nk pejam mata mesti ati ak berdebar2

ish...napas pon salu tak cukup..


nape eyh..

ayat kursi n ayat before nk tidur da baca dah
kaki pon da bsuh before tidur siap letak minyak olive lagik
nape susah sgt nk tidur nih..


haishhh.....

Friday, March 5, 2010

dia da 21?? sambut dengan kawan??

salam..

entri kali ini adalah gadis diatas..

ni lah kawan kelas ak
yg da 3 tahun satu kelas

da 3 tahun amik
diploma seni lakon sama-sama ngn ak.

da 3 tahun sambut birthday bersama ak n kawan2 kat puncak perdana ni..
untung..huuhu

4 march birthday zuhidyaah.. atau ak panggil zue..

very helpful person nokkk.. i tell u..

birthday zue dapat sambut ngn kawan2 sebab tarikh lahir jatuh bukan pada cuti semester

mcm ak
tarikh lahir 26 MEI 1989
ok ulang suara

26 MEI 1989
uhuk! uhuk! terbatuk plak..
hihihi

mmg tarikh cuti semester, cuti sekolah, dan cuti yang seangkatan dengannya..

jadi x de la adegan baling tepung dan telur..

fuh selamatt,... hihi
ni lah kek zue.. yang dibeli oleh syahida n syakila..

sila perhatikan ayat yang ada diatas kek tersebut..

meh ak perbesarkan..

'ZUE SUDAH TUA 21 TAHUN'

maka dengan ini sudah layak untuk berkahwin.. eceh..eceheceh....

hihi


bermula pula adegan suap menyuap

sopan lagi majlis nih.. tunggu la jap lg..

hihihhihh (evil laugh)

zue menyuap kek kpd jannah

lalu.. disalukan kepada shahida selaku si sponsor kek..


kemudian kepada ak..

ok kenapa pic nih di snap sewaktu kek tersebut da nk' terjeluek' drp mulut ak??
mata ak tertutup akibat kesedapan kek teresebut

terus kepada anas..

bdw dia sebenarnya ada rambut seperti afro yang maha kembang
cuma dlm pic nih rambut die kelihatan kempis atau kuncup akibat background belakang adalah pokok
jadi rambut sebenar tersorok..

hihi



majlis masih lagi berlangsung dengan sopan yer...





haa,,,,,,,,,,,,,,,, majlis dah bertukar menjadi liar!!

muka zue telah di pkaikan mask kek yang berbau aising yang maha kuat..

hih

tian er,,


muka sha yang sangat redha apabila di skrub oleh kek juga..

dalam hal mcm nih kiter kene redha dengan calitan kek pada muka ok..
kalo x lg teruk kena.
so jgn lari.,

tips kepada mana2 yang bercadang nk wat majlis hari jadi yang liar seperti ini.. hihi


haa.. lihat2.. sumer tak terkecuali kena.
liar sunggoh!

tapi FUN!!

men kejar2
da lame x wase cam budak2..
sekali sekala mmg sonok..


5 gadis yang baru lepas g facial.. hihi


tadaaa..

riang akibat dapat facial free!!

(ceh.. kemain kuat bau aising kek.. yaallah.. susah nk ilang bau kat rambut)

akhir kata>>

selamat hari lahir buat zuhidayah
semoga berbahagia n you are the helpful person .

SEKIAN..

Wednesday, March 3, 2010

nak belajar men piano??

salam,,


sila abaikan lagi pic diatas

fungsi masih sama,,

sekadar berangan

huhhuhu

ok2..

di kala ini,
sambil ak wat assigmnt yg berlambak cam gunung everest nih (tipu sunggoh)
ak mendengar lagu dr instrument piano

adoyaiii..

tenang seyh jiwa ak..

x serabut pon..

wase cambesh n style jer an if kiter dpt dapat belaja n men piano.




name blog ak nih..

mewithpiano.blogspot.com
tapi sebenarnya ak x reti men piano pun..

cuma ak suka men by heart jer
niat hati nk belajar men piano
tp sampai skang hajat tu x sampai lagi..

agaknya tunggu ak grad kot bru dpat belaja men piano..

penah skali ak masuk studio yg ada piano, time dahulu kala, time tak sibuk dulu.. eceheceh..

(studio yg ada kat tempat ak, dengan piano yg kejap ok kejap x) berangan men piano n men by heart jer..

satu haram x ikot not pon

tetibe ada org lalu kat luar n ckap..

orang: men lagu ape nih?

ak: haa?? (blur) ntah. saya men taram (hentam) men piano nih, sajer2 x ikot not pon..

orang: owh.. ok la tuh men by heart.. tp lebih elok awak belajar..(berlalu pergi)

ak: (tergamam).. err.. ok2..


hmm,.. i luv to hear the sound from piano but i could not play cuz i need to learn..


music from piano make me calm

sekian

Sunday, February 28, 2010

hana yori dango?? addict??



** kejap.. ak nk berangan seketika**



** kalaulah...**


p/s: abaikan gamba di atas. hanyalah selingan kerana cukup galax setelah menonton hana yori dango.. tolong abaikan yer..











salam..

ok ni la cerita yg ak nengok sampai lebam2 retina mata

hana yori dango..

ak gila addict cite nih..

ntah nape ntah..

kalo ada org tak suke nengok citer nih.. ak x kesah langsung k..

yg penting ak ske sbb citer ni cam lebey kurang cinderella..

dr miskin tuka jd kaya..

fuhh..


mudah sekali hidup sebegtu.. hiihi
tu yg ak berangan tu


huhuhu


plot citer mmg besh..

yg penting lakonan hero n heroin dia mmg superb

sgt natural

nmpk perasaan cinta tu walaupun lakonan..

chemistry diaorg tu menjadi..

huhu..



sila tengok kalo tak caya...

sekian..


p/s: addict trhdp blog jgk.. tolong ak. kes nih lg berat drpd addict terhadap ganja,,,

hakhakhak..

Saturday, February 27, 2010

ter???




(KUALA LUMPUR: Hasrat seorang bapa yang berdoa hampir setiap malam untuk mendengar suara anaknya, Umi Azlim, 26, sejak tiga tahun lalu selepas ditahan pihak berkuasa China atas tuduhan mengedar dadah, termakbul apabila anaknya dibenarkan membuat panggilan telefon kepada keluarganya, baru-baru ini.

Bagi Mohamad Lazim Jusoh, 53, mendengar suara anaknya buat pertama kali pada 7 Januari lalu dan sekali lagi pada 18 Februari, di penjara ibarat mimpi menjadi kenyataan kerana tidak menyangka doanya akan termakbul.

Katanya, tiada perkara paling indah dalam hidupnya, selain dapat mendengar suara anak sulung yang amat dirindui kerana saat itu amat dinanti-nantikan oleh keluarganya, terutama adik-adik Umi Azlim.

"Setiap kali selepas solat, saya tidak lupa berdoa kesejahteraan Umi, selain meminta supaya menunaikan hasrat untuk mendengar suaranya bercerita keadaannya di sana.

"Sebelum ini, kami hanya berkomunikasi melalui surat setiap bulan. Dalam suratnya Umi sering menceritakan kehidupannya di sana, namun kami tidak puas kerana tidak mendengar sendiri suaranya," katanya ketika dihubungi di Pasir Putih, Kelantan, semalam.

Akhbar ini, baru-baru ini melaporkan penahanan bekas penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin ke republik itu pada 19 Januari 2007.

Dia dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou pada 15 Mei 2007. Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan dan diganti hukuman penjara seumur hidup, pertengahan 2008.

Menceritakan detik pertama menerima panggilan telefon anaknya, Mohamad Lazim berkata, kira-kira jam 11 malam, 7 Januari lalu, beliau terkejut apabila mendapat panggilan itu.

"Saya seperti tidak percaya... siapa yang tidak terkejut selepas tiga tahun menunggu, akhirnya termakbul. Umi dan saya masing-masing tidak mampu berkata-kata, sebaliknya menangis teresak-esak.

"Umi memaklumkan, mulai 2010, dia boleh membuat panggilan telefon kepada keluarga sekali seminggu selama lima minit. Saya bersyukur, walaupun hanya lima minit, namun ia mengubati kerinduan kami selama ini," katanya.

Beliau berkata, Umi Azlim sempat berpesan supaya jangan bimbang kerana dalam tempoh tiga tahun dalam penjara, dia sudah mampu membiasakan diri dengan suasana di sana, selain fasih menulis dan berbahasa Mandarin.

"Umi Azlim juga bertanyakan khabar lima adiknya, terutama pasangan kembar, Umi Azmira dan Umi Zulaikha, 19, yang bakal menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta menasihatkan mereka belajar bersungguh-sungguh.

"Saya tahu, Umi sudah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, namun masih memasang harapan dibebaskan dan kembali ke pangkuan kami," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Jawatankuasa Tabung Dana Umi Azlim, Hua Pang Chow, berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat perundangan China sama ada masih ada cara untuk membebaskannya.)

____________________________________________________________________________


salam...


ini adalah kisah mengenai Umi yang ditangkap akibat disyaki mengedar dadah,


well tak tau la btol atau tak..


tap yg penting.. kalo ak kat tempat umi pasti ak berasa sedih dan sangat takot kerana mendapat hukuman di tempat orang..


Yaallah...


menurut ayah dan ibu ak selaku polis

beliau mengatakan bahawa kadang2 kalo psal kes cam nih

sebenarnya ada taktik bagi pengedar dadah dalam melepaskan diri..


caranya ialah..

contohnya kalo kiter kat lapangan terbang,,


tetibe ada orang yg kita tak kenal mintak kita jga bagasi die sbb die nk g tandas kejap

haa kalo cam tu berhati-hati lah sebab kemungkinan itulah cara pengedar dadah melepaskan diri.. apabila ada serbuan polis,maka secara tak tersengaja nya beg berisi dadah tu ada pada kita walaupun bukan kita punya, maka hukuman akan dijatuhkan kepada kita yang pegang dadah tu,,


pengedar dadah yg sebenar dah larikan diri

jadi kita pon ter... tangkaplah..


hmm tulah yang bahaya zaman sekarang..

bila baik sangat pon bahaya gak.. hmm..


jadi berhati-hati dan kena sentiasa peka..


mintak2 kita dijauhkan dari segala bahaya.


p/s: kalo ada sesape yg kiter x kenal tanya or mintak tlg pape.. jgn tolong k.. dengan cara lihat gerak tubuh serta muka diorg,, kadang2 instinct kita psal orang btol.. gunakan akal dan hati k..


HATI-HATI YER KAWAN! Peringatan ini untuk saya jugak.



its hurt!!!!


u hurting me!!


its hurt!!!

its hurt!!


i drop my tears again!!


its hurt!!!!!



hurt!!!


u hurting me!!



hurt!
hurt!
hurt!

im crying again...
n again

n again.

n again

this is bcoz

im hurt!!!

got my words??!!


its hurt man!!!!!!!!!!!!








p.s: n im still crying...