pari-pari menyanyi

pari-pari menyanyi
just let the angel singing

Saturday, February 27, 2010

ter???




(KUALA LUMPUR: Hasrat seorang bapa yang berdoa hampir setiap malam untuk mendengar suara anaknya, Umi Azlim, 26, sejak tiga tahun lalu selepas ditahan pihak berkuasa China atas tuduhan mengedar dadah, termakbul apabila anaknya dibenarkan membuat panggilan telefon kepada keluarganya, baru-baru ini.

Bagi Mohamad Lazim Jusoh, 53, mendengar suara anaknya buat pertama kali pada 7 Januari lalu dan sekali lagi pada 18 Februari, di penjara ibarat mimpi menjadi kenyataan kerana tidak menyangka doanya akan termakbul.

Katanya, tiada perkara paling indah dalam hidupnya, selain dapat mendengar suara anak sulung yang amat dirindui kerana saat itu amat dinanti-nantikan oleh keluarganya, terutama adik-adik Umi Azlim.

"Setiap kali selepas solat, saya tidak lupa berdoa kesejahteraan Umi, selain meminta supaya menunaikan hasrat untuk mendengar suaranya bercerita keadaannya di sana.

"Sebelum ini, kami hanya berkomunikasi melalui surat setiap bulan. Dalam suratnya Umi sering menceritakan kehidupannya di sana, namun kami tidak puas kerana tidak mendengar sendiri suaranya," katanya ketika dihubungi di Pasir Putih, Kelantan, semalam.

Akhbar ini, baru-baru ini melaporkan penahanan bekas penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin ke republik itu pada 19 Januari 2007.

Dia dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou pada 15 Mei 2007. Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan dan diganti hukuman penjara seumur hidup, pertengahan 2008.

Menceritakan detik pertama menerima panggilan telefon anaknya, Mohamad Lazim berkata, kira-kira jam 11 malam, 7 Januari lalu, beliau terkejut apabila mendapat panggilan itu.

"Saya seperti tidak percaya... siapa yang tidak terkejut selepas tiga tahun menunggu, akhirnya termakbul. Umi dan saya masing-masing tidak mampu berkata-kata, sebaliknya menangis teresak-esak.

"Umi memaklumkan, mulai 2010, dia boleh membuat panggilan telefon kepada keluarga sekali seminggu selama lima minit. Saya bersyukur, walaupun hanya lima minit, namun ia mengubati kerinduan kami selama ini," katanya.

Beliau berkata, Umi Azlim sempat berpesan supaya jangan bimbang kerana dalam tempoh tiga tahun dalam penjara, dia sudah mampu membiasakan diri dengan suasana di sana, selain fasih menulis dan berbahasa Mandarin.

"Umi Azlim juga bertanyakan khabar lima adiknya, terutama pasangan kembar, Umi Azmira dan Umi Zulaikha, 19, yang bakal menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta menasihatkan mereka belajar bersungguh-sungguh.

"Saya tahu, Umi sudah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, namun masih memasang harapan dibebaskan dan kembali ke pangkuan kami," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Jawatankuasa Tabung Dana Umi Azlim, Hua Pang Chow, berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat perundangan China sama ada masih ada cara untuk membebaskannya.)

____________________________________________________________________________


salam...


ini adalah kisah mengenai Umi yang ditangkap akibat disyaki mengedar dadah,


well tak tau la btol atau tak..


tap yg penting.. kalo ak kat tempat umi pasti ak berasa sedih dan sangat takot kerana mendapat hukuman di tempat orang..


Yaallah...


menurut ayah dan ibu ak selaku polis

beliau mengatakan bahawa kadang2 kalo psal kes cam nih

sebenarnya ada taktik bagi pengedar dadah dalam melepaskan diri..


caranya ialah..

contohnya kalo kiter kat lapangan terbang,,


tetibe ada orang yg kita tak kenal mintak kita jga bagasi die sbb die nk g tandas kejap

haa kalo cam tu berhati-hati lah sebab kemungkinan itulah cara pengedar dadah melepaskan diri.. apabila ada serbuan polis,maka secara tak tersengaja nya beg berisi dadah tu ada pada kita walaupun bukan kita punya, maka hukuman akan dijatuhkan kepada kita yang pegang dadah tu,,


pengedar dadah yg sebenar dah larikan diri

jadi kita pon ter... tangkaplah..


hmm tulah yang bahaya zaman sekarang..

bila baik sangat pon bahaya gak.. hmm..


jadi berhati-hati dan kena sentiasa peka..


mintak2 kita dijauhkan dari segala bahaya.


p/s: kalo ada sesape yg kiter x kenal tanya or mintak tlg pape.. jgn tolong k.. dengan cara lihat gerak tubuh serta muka diorg,, kadang2 instinct kita psal orang btol.. gunakan akal dan hati k..


HATI-HATI YER KAWAN! Peringatan ini untuk saya jugak.



2 comments:

Cik Areen said...

haah.
tawu xpe.

ZALIKA NADIA said...

XERRA: tau2.. hati2 k,, beaware